popunder

Showing posts with label YouthToEarn penipu. Show all posts
Showing posts with label YouthToEarn penipu. Show all posts

Tuesday, 16 February 2016

YouthToEarn.com Scammer durjana!!!





Salam and good day guys. Dalam post kali ni, aku nak share satu website yang rasenye bukan aku sorang je kene, mungkin beratus2 lagi orang luar sane yang dah kene. Yee betoll, webpage yang diberi nama YourthToEarn.com ni lah salah satu website yang selalu diguna oleh orang2 yang tak bertanggungjawab di luar sana untuk menipu orang2 biasa macam kite ni.

Mesti korang pernah nampak ayat macam, '...kalau korang punya masalah duit, ingin menjana beratus ringgit tiap hari, click link di sebelah ---> http://YouthToEarn.com/?ref=260321 untuk maklumat lanjut. Kalau korang rase program ni menipu takpe sebab korang takkan rugi ape2 (takde modal dikeluarkan)...' or sorts like that kan? (sebenarnya link di atas tu adalah link aku. Terbuat masa jahil haritu) Ade betul gak. Kite memang tak rugi duit pun. Just register, and lepas register tu kite akan dapat 20$ terus iaitu bersamaan dengan RM80++. After that dia akan bagi link and kita akan disuruh promote ke website2 lain untuk di klik oleh orang lain. Setiap orang yang klik link kita tu kita akan di bayar 5$. Banyak kannn??

Jom kite tengok sesame cara kita nak buat 'untung' dalam web youthtoearn ni. Mula2 lepas kita tekan link diatas, kita akan dibawa ke page macam yang kat gambar bawah:
And then kita akan tekan sign-up sebab kita telah pun termakan semua kata2 manis yang kita dah baca. Lepas tekan sign plak kita akan terus ke page ni:

Kat sini kita nampak konon2 die suruh isi maklumat supaya senang nak bagi bayaran nanti. Tapi kalau tengok balik, mane ade orang mintak address camtu. Selalunya diorang akan mintak nama Negara, nama bandar, Zip Kod semua berasingan. Ni kalau mintak address camni tulis Lorong Haji Toib pun boleh ni. komonlaaa..nak bagi duit banyak kot, takkan buat ala kadar jee.. And lagi satu, kalau korang sedar atas sekali kat penjuru kanan website ni ada tulis PayPal. Tapi dia tak tulis pun mase register tu mintak alamat PayPal.. Tapi takpe, bodoh punye pasal register gak. Akhirnya aku dah dapat link aku sendiri n dengan bangangnye aku spread link tu dengan kate2 yang manis supaya orang klik kat link aku.
Haaaaa,, ni lahh akaun YouthToEarn aku. Fuh, kalau keluar ni mau RM4000++ duit aku. And sape yang dah pernah cuba ni korang mesti tau kan die minimum kalau nak keluarkan duit tu kene lah earn sebanyak US$300 baru boleh keluar. Macam yang korang nampak ni memang dah lebih sangat dah ni. So aku cadang nak keluarkan. Kat bawah tu ade 'click here to open survey'. Kene buat survey tu, kalau tak, tak boleh la ambik 'duit' kite. So aku pun tekan survey tu dan ni yang keluar:
Kat sini lah aku mule dapat masalah. Setiap option yang aku tekan tu semua merepek2. Takde satu pun yang possible untuk kau selesaikan. Lepas aku buat research2 sket, baru lah aku tau sebenarnya website beginilah yang selalu diguna oleh company2 ataupun orang2 tertentu untuk menjana traffik kat website diorang yang melampau2. Semakin banyak traffik makin banyak lah pengunjung ye dakk? So kite ade rugi tak? Bagi aku memang ade. Walaupun tak rugi duit, tapi rugi dari segi masa kau post2 bende2 tu, n mungkin ade member2 yang akan kutuk kite sebab dah kene tipu. Malu bohhh!!

So kesimpulannya di sini, tiada jalan yang mudah (I mean SANGAT MUDAHH!!) untuk dapat duit. Kalau kita ada dengar sesuatu bak kata orang putih tu 'too good to be true', bukan tak betul, ada kemungkinan betul, tapi research lah dulu. Bukan lepas dah kene tipu baru nak wat research cam aku ni. Huhuhu...

website2 lain yang aku tahu website scam macam dia atas:
-paid4click
-questofnews
klw ade website lain boleh la korang share untuk kebaikan bersama k