popunder

Saturday, 27 February 2016

Berbaloi ke shopping kat ZALORA?



Ramai di kalangan kite ni yang suka shopping baju, seluar, kasut, spender, seluar katak, seluar kodok dan yang sewaktu dengannya melalui online shop. Salah satu website yang terkenal untuk shopping bende2 camni adalah kat ZALORA.com




Aku pun pernah gak shopping kasut kat sini. Memang banyak pilihan dan beraneka jenama ada. Dari yang RM50 sampailah ke RM500 pun ada. Tapi aku takdelah sampai nak beli yang RM500 punye harga kan. Bukan kaya sangat pun. Tu baru kasut. Belum baju perempuan laki, tudung muslimah (of course perempuan je), handbag, jam tangan dan macam2 lagi. Zalora sekarang memang menjual pelbagai jenis produk dan boleh dikatakan one of the top company online shopping sekarang ni.

Order lambat sampai?
Ramai yang complain Zalora punya delivery ni lambat. Kebanyakannya pembeli dari Indonesia. N certain dari Malaysia ade gak. Tapi ade gak yang kate order hari ni dapat esok. Huhhh? pilih kasih betul Zalora ni. Hahaha. Tapi memang ade dalam Zalora punya website tu pun dia kata pos akan sampai dalam masa 3-4 hari, dan kalau aku order barang dari sini pun (UTP Perak) selalunya dapat dalam masa 3 hari. Kebanyakan member aku pun shopping kat sini and barang diorang akan sampai dalam masa 3-4 hari jugak. Tak pernah lagi lambat.

So kesimpulan yang boleh dibuat di sini, Zalora ni adalah sebuah company yang memang boleh dikatakan busy. Diorang kena deal dengan banyak pos pembelian dari serata pelusuk Asia ni. Bukan nak kata pengurusan diorang tak efisien, but there must be a mistake here and there kan. Diorang tu pun manusia gak. Mesti ada buat silap. Huhuhu. Tapi apa yang pasti, barang yang di order tu memang akan sampai, dan penghantaran yang paling lambat pun mungkin dalam seminggu lebih hari bekerja. Tak pernah lagi lewat sebulan 2.

Camne nak buat kalau barang yang sampai bukan macam kite nak?
Problem ni pun banyak gak orang dapat. Ade jugak antara member aku yang ada masalah camni. Baju tak kena size lah, kasut terlalu besar lah. Mungkin orang yang handle bahagian pembungkusan barang tu lewat tidur malam kot. So die mengantuk sangat pagi tu so dia masukkan size yang salah dalam bungkusan (tak salah kita bersangka baik kan. huhuhu...). Haaa.. kalau korang dapat problem macam ni, jangan panik. Jangan terus masuk twitter ke fb ke gi maki company Zalora ni buat keje tak betul. Macam yang aku cakap, diorang ni pun manusia gak.

So apa yang korang kena buat, camni.. Setiap kali diorang pos barang, diorang akan sertakan sekali dengan return slip dengan plastik pembungkus sekali. Diorang dah fikir dah benda ni awal2 sebab kesilapan macam ni memang akan berlaku. So kite bungkus balik barang kite tu dan pegi ke pejabat pos dan hantar lah balik barang tu kat diorang dengan return slip yang diorang bagi tu (pastikan korang pulangkan dalam tempoh masa 30 hari lepas dapat barang pos tu). Lepas je barang tu selamat sampai ke Zalora, diorang akan bagi kite email dan satu voucher kod. So kita memang tak dapat balik duit kita, tapi diorang akan bagi voucher kod so kita boleh shopping semula kat Zalora ikut harga barang yang kita beli sebelum ni. So lepas tu takyah lagi masukkan duit, sebaliknya kita masukkan je voucher kod yang kita dapat. Mudahkan?

So Conclusion nya?...
Macam yang aku cakap, Zalora ni top shopping online company kat asia ni. So diorang akan pastikan kepuasan semua pembeli yang membeli ngan diorang untuk mengekalkan kredibiliti diorang. So walau apapun masalah yang pernah orang hadapi dalam membeli belah kat sini, diorang memang dah fikir jauh dah benda ni dan diorang akan ada penyelesaian diorang sendiri. So what are you waiting for? Jom shopping ramai2 kat Zalora.com sekarang!!!!

2 comments:

  1. Quantum Binary Signals

    Get professional trading signals sent to your mobile phone every day.

    Start following our trades NOW and gain up to 270% a day.

    ReplyDelete
  2. Are you looking for free Twitter Re-tweets?
    Did you know that you can get them AUTOMATICALLY AND TOTALLY FREE by registering on Add Me Fast?

    ReplyDelete