popunder

Friday, 19 February 2016

Roller coaster Terbest Serata dunia!!



Hai hai hai!!! Post kali ni kita tengok roller2 coaster yang boleh dikatakan baekk di serata dunia. Bagi siapa yang berduit dan minat dengan roller coaster ni, boleh la pegi ngan family nanti atau dengan member2. hehe... bawah ni senarai amusement park tempat dimana roller coaster video diatas terletak mengikut urutan.

1. Expedition GeForce Roller coaster, Holiday Park, Germany
Holiday Park di German mempunyai tarikannya yang tersendiri dan unik. Selain mempunyai permainan yang banyak, taman hiburan ni juga dikatakan half park, half woodland. 
Expedition GeForce Roller Coaster










2. Outlaw Run Roller Coaster, Silver Dollar City, USA
Haaa.. kalau tadi kita tengok taman hiburan separuh park separuh hutan, Silver Dollar City kat USA ni pulak berkonsepkan 80-an punye taman. Retro gituuu.. n by the way, Roller Coaster ni adalah wooden roller coaster, boleh cecah kelajuan 109 km/j dan first drop dia berketinggian 49 m, menjadikannya nombor 2 tercuram di dunia antara roller coaster kayu yang lain......
Outlaw run roller coaster















3. Montu roller coaster, Busch Gardens Tampa, USA
Taman tema yang terletak di Florida, USA ini merupakan taman hiburan yang bertemakan 'hidupan liar Afrika' . Roller coaster di taman tema ini sememangnya menjadi tarikan pengunjung, disamping taman yang dihiasi dengan pelbagai hidupan liar Afrika yang digelar 'Edge of Africa'. Roller coaster jalan dia terbalik tau (inverted roller coaster). Kepala kita terbalik ke bawah. huhu..
Montu Roller Coaster


Edge of Africa















4. Texas Giant Roller Coaster, Six Flag over Texas, USA
Six flag Texas ni dah dibuka semenjak 1961 lagi, dan telah membuatkan taman tema antara yang tertua di dunia. Namun, dengan penyelengaraan dan penambahbaikan yang berterusan, taman tema ini berjaya menandingi taman-taman tema baru yang lain. Roller coaster yang dibina juga adalah diperbuat daripada kayu dan mempunyai jarak sejauh 1300 meter.
Texas Giant roller coaster














5. Balder roller coster, Liseberg, Sweden
Dari USA kita terbang plak ke Sweden. Tarikan utama taman tema ini adalah roller coaster kayu yang dinamakan Balder. Roller coaster ini pernah mendapat anugerah The Best Tracked Roller Coaster In The World pada tahun 2003 dan 2005.
Balder roller coaster














6. Intimidator 305 roller coaster, Kings Dominion, USA
Roaler coaster yang diperbuat daripada besi ini merupakan antara roller coaster yang terlaju di dunia, dengan berkelajuan 140km/j dan first drop yang tingginya mencecah 91 m. Perghhhhhh.. macam laju drive kat highway siott..
Intimidator 305 roller coaster











7. Boulder Dash roller coaster, Lake Compounce, USA
Roller coaster kayu yang berukuran lebih kurang 1440 m menggunakan kawasan pergunungan semulajadi sebagai trek, lengkap dengan pokok-pokok dan batu-batu semulajadi yang terletak berhampiran dengan trek. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 2 minit setengah ini semestinya meninggalkan kerinduan untuk menaiki roller coaster ini.
Boulder Dash roller coaster



















8. Goliath roller coaster, Walibi World, Holland
Lokasi taman tema ini terletak di Belanda. Roller coaster ini begitu dikenali ramai di Benulux (Belanda,Itali dan Luxembourg) sehinggakan ia digelar 'roller coaster terpantas, tertinggi dan terpanjang di Benelux'.
Goliath roller coaster














9. Phoenix roller coaster, Knoebels, USA


























10. Maverick, Cedar Point, USA




















3 comments: