popunder

Wednesday 24 February 2016

Langkah-langakah mengatasi Jerawat

Ramai antara kita yang asyik mengeluh dengan masalah jerawat yang tak sudah2 menyerang. Percayalah, aku pun dulu hadapi masalah yang sama jugak time sekolah dulu. Mungkin lagi teruk dari korang!! Dah macam2 produk aku try, tak jugak hilang-hilang. Makin teruk adalah! Nasib baiklah masuk Uni ni dah kurang2. Camne boleh hilang plak? Haaa.. ni nak share ahh ni.. my own tips of getting rid my acne. Kat universiti ni bukan macam rumah. Nak pakai petua orang tua2 memang payah. Lainlah kalau kat rumah kan.. So tips yang aku nak share ni memang amat senang and tak payah nak susah2 ambik lidah buaya ke lidah harimau ke letak kat muka. So sit back and read....












1. Berhenti pakai pencuci muka yang anda guna sekarang
'Wo wo woooo...nanti jap, apa dia merepek ni? Kang makin banyak ahh jerawat aku tak pakai pencuci muka!!' Camni lah yang aku fikir dulu. Memang dah macam-macam dah pencuci muka aku try. Sebut je lah brand mana kat kedai tu. Habis ikhtiar dah dulu. Makin teruk plak muka aku naik jerawat. Sampai satu tahap aku fed up, aku dah malas dah beli pencuci muka and biar camtu je. Selang 2-3 minggu tanpa disangka2 jerawat aku mengecut ngan sendiri!! Haaaaa...percaya tak? taknak caye sudah. Sebenarnya kan, pencuci muka yang diorang jual kat kedai tu memang dijual untuk menambahkan jerawat kita. Yelah, kalau pakai bersih terus muka kita kang diorang yang rugi kita tak beli lagi produk diorang. Mungkin dalam awal penggunaan memang nampak kesan sikit, tapi lepas penggunaan yang panjang jerawat kita akan naik balik. sebab tu kalau korang perasan brand2 pencuci muka ni akan sentiasa upgrade produk diorang, supaya kalau produk ni tak berkesan, kita akan beli produk baru diorang plak. Kalau nak pakai produk gak, mungkin boleh la try pakai mask atau yang seangkatan dengannya. Aku hari tu guna eggwhite mask. Sebenarnya mask tu dapat free gift beli bende lain. But it's still ok la walaupun freegift. Muka aku licin sikit lepas pakai tu..hehe. But makesure kalau nak pakai mask limit penggunaan tu dalam once or twice a week. Jangan lebih2, muka kita ni pun nak rileks gak.

2. Basuh muka dengan air setiap hari
Dah aku kate takyah pakai pencuci muka bukan maknanya takyah cuci muka langsung. Basuh la muka gak, tapi dengan air. Aku recommend 5 kali sehari. Bagi sesiapa yang beragama islam, dalam tak sedar kalau korang berwudhuk sebelum solat tu dah kira memadai dah. Dalam kita ambil wudhuk tu kita sebenarnya tengah membersihkan muka kita dari minyak dan kotoran sehari2 yang duk hinggap kat muka. Bagi yang non-muslim, basuh la muka sebanyak yang mungkin. Tapi takyah la setiap 2 minit gi tandas basuh muka. Cukuplah untuk membersihkan muka kita tu dan menghilangkan minyak.

3. Minum air yang banyak
Ni pun membantu gak. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kalau susah sangat nak ukur 3 liter tu camne, dia lebih kurang 2 botol air mineral yang besar tu (botol 1.5 liter tau, bukan yang 5 liter punye). Kajian telah membuktikan minum air yang banyak sememangnya mempunyai manfaat yang besar kepada kulit. Even aku pun selalu bawak botol besar ke mana2 aku pergi.

4. Banyakkan senaman yang mengeluarkan peluh
Buatlah apapun, jogging ke, main bole ke, main bar ke, main badminton ke, main basikal ke, janji peluh keluar. Apabila peluh keluar, segala toksik dalam badan kita pun keluar. Ini juga memberi impak yang agak ketara kepada kulit kita. Aku pun baru start jogging waktu masuk U..hehehe. But yeah, memang cara ni menjadi. Jerawat dan minyak kat muka akan berkurang apabila kita selalu mengeluarkan peluh.

5. Elakkan makan makanan yang berminyak
Hahhhh.. ni lah rakyat Malaysia. Suka sangat makan makanan berminyak. Kalau sikit takpe, ni dah macam kuah dah minyak tu kat makanan korang. Hahaha.. Takpe, bukan tak boleh, bolehh. Tapi macam mak aku selalu cakap, kurangkanlah. Sebenarnya pemakanan kita ni pun memainkan peranan yang penting dalam hal ni. Makan makanan yang berminyak boleh menyebabkan muka kita pun turut mengeluarkan minyak yang banyak!! Kalau tak caye try ahh sendiri. Haha. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan instead of makanan berminyak. Macam biasalah, mesti mak kita pun ada pesan camni kan. Hehe.. Selain menjaga kulit, dalam masa yang sama kesihatan diri kita pun telah diperbaiki!

6. Jangan picit jerawat batu!!
haaaa..ni penting gak. Tak kisah la jerawat apa pun, tapi yang paling penting sekali jerawat batu. As the name given kite tau jerawat batu ni lah yang paling besar sekali kalau tumbuh. Jangan sesekali sentuh2 apalagi picit jerawat batu yang timbul! Bukan makin baik, makin teruk adalah. Kalau nak picit pun, picit lepas 2-3 hari jerawat tu dah timbul, atau lebih tepat lagi lepas jerawat tu dah mula timbul 'mata' (titik kuning kat jerawat yang sebenarnya adalah nanah). Tapi kadang-kadang jerawat tu hilang sendiri lepas beberapa hari kalau kita tak picit. Pernah sekali aku picit jerawat batu yang timbul. Satu nanah pun tak keluar. Mau 2 minggu beb jerawat gua tak hilang!!

*Haaa... camne? Simple cecangat kan? haha.. trust me, I've done this. And this what change my skin appearance from my primary school to today's appearance. Bukan nak kate tips ni 2-3 hari dah berhasil. Tapi mungkin ade antara kita dalam tempoh masa tu dah menampakkan hasil. Cuba dulu dalam masa 2 minggu. Tengok jadi ke tak. Akhir sekali, semuanya terletak dalam kuasa Allah. Kalau tak jadi, adalah hikmah dia tu Allah nak tunjuk. huhu. Papehal kalau ada something aku akan update kat page ni gak okayyy!!!

No comments:

Post a Comment