popunder

Tuesday, 16 February 2016

Kehidupan Student yang Takde Duit

16 FEB 2016 (11:35 PM)

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu.. Apa khabar guys? Kalau sihat alhamdulillah laa. Senang hati aku. Gua? hmmmm...bukan apa bro. Ni nak story ahh ni. Sebelum tu just nak pesan jangan sedih tau. Sebab apa yang gua nak cite ni memang sedih. Gua yang badan sado ni pun nak nangis dah memikirkan story nih..huhuhu. Takde ahh gurau je. just nak kongsi cite aku supaya x berlaku kat korang.

Camni.. Aku dah kata haritu aku cuti 4 bulan kan. So dalam masa cuti 4 bulan ni, aku tak balik ke kampung halaman aku (kampung btw kat Sabah tau) sebab nak cari pengalaman lahh konon keje ngan lecturer, yang mana kat sini diorang panggil keje ni sebagai 'Research Assistant', maknanya kita tolong lecturer tu buat research ahh. Gaji untuk keje ni, bagi aku mahal ahh, RM800 plus2 sket sebulan. Tak tau korang rasa camna. So aku pun stay ahh UTP, dengan sorang lagi member aku (die budak Sabah gak), and die jugaklah rumet aku sepanjang cuti 4 bulan ni.

Nak di jadikan cite, aku ni student MARA,and every month aku dibayar elaun sebanyak RM590 sebulan, dan pada tanggal 28/Jan/2016, Masuk ahh duit elaun aku tu. Bukan main happy ooo.. Melompat aku tengok CIMB click. Yelah, mane taknye, ingatkan tak dapat elaun cuti2 ni. Aku plan hari tu nak survive ngan gaji je, tengok dapat elaun. Kebetulan dalam beberapa hari lepastu cuti Raya Cina, so aku pun plan ahh ngan rumet aku ni pegi KL bejoli jap. Sebab bukan setakat gaji ni, elaun pun ade. Muahahaha

So masa nak pegi KL tu, kire ahh bajet. Kitorang acah2 nak tido hotel mahal, sebab tak lame lagi gaji ni. Dalam agreement mase nak keje haritu, die kate payment akan dibuat selepas 2 minggu bekerja, so aku pun dengan yakinnya kate 'takpe2..lek je. duit cukup ni, ambik je hotel tu'. Kitorang pun betolak lah ke KL. Berseronok sakan kat sane habiskan duit (yang penting bukan clubbing ahh). Aku tak terpikir pun nak simpan duit, sebab dalam otak tu ingat duit masuk dalam 4 - 5 hari lagi.

Lepas balik dari KL, esok die keje. Aku ingat lagi tarikh first keje lepas cuti Chinese New Year is  10/2, hari Rabu. So kalau aku masuk keje hari tu, maknanya dah hari yang ke 9 ahh keje. MAKNANYA,, esok dia hari yang ke-10. so SEPATUTnya aku dapat gaji ahh. Nak tauuu, sampai hari Jumaat tu takde lagi kene bayar. Aku tanye Clerk yang incharge handle pasal payment kitorang. Nak tau die kate ape? 'First time memang camtu. Finance bukan nak urus data kita sorang. Nanti seminggu dua dia bayar ahh'

MAK AIHHHH!!!! Poket aku memang dah kering dah masa tuhhh. Tengok wallet ade 10 ringgit lagi. Memang mati aku nak makan ape ni aku kate. Duit elaun MARA pulak memang dah takkan masuk sebelum 1 haribulan. Mak aku pun dah beratus2 dah aku mintak mase kat KL. yelah, ingat dah bleh dapat duit dah balik U ni. Mase tu ahh aku rase erti penyesalan sebenarbenarnya. Tengok stock kat laci aku ade lahh 4 bungkus maggi. Nasib ade simpan haritu. Masuk hari ni dah 2 hari makan maggi je. tak tau ahh nak mintak sape. rumet aku pun bukan banyak duit sangat. die pun dah habis duit ahh. Tapi tak seteruk aku ahh, memang dah kering kontang ahh wallet ngan bank. Kalau tengok kat drawer ade tinggal sebungkus lagi meggi. Cukup ke tak untuk esok ni. hmmmm...

So moral of the story, sesape jee, tak kire student ke lecturer ke bapak ke pakcik ke, ape yang aku boleh cakap, pentingkan keperluan asas dulu ahh. maksud aku asas adalah yang PALING ASAS. Tapi kalau tahap macam aku ni makan meggi pun nak kene catu bukan asas dah ni. Ni darurat dah. Hahahahaha. Bukan tak boleh enjoy, boleh jeee. Just pastikan duit kita betul2 secured. maksud secured sini yang betul2 dah ade dalam tangan. Bukan duit tak confirm lagi dapat duit sedia ada ni habis korang gi joli. Sape tau office company korang keje tu kene gempa bumi thus membuatkan gaji korang terpaksa ditunda ke tahun hadapan, haaaaaa... Sape tauu? takdir bukan kat tangan kite ye dakkk..hahahaha

So rasenye dah cukup aku membebel kat sini. Nak tido dulu. Esok nak keje. Doakan gua dapat makan esok yee.. K chowww!!!

1 comment:

  1. QUANTUM BINARY SIGNALS

    Get professional trading signals sent to your cell phone every day.

    Follow our trades today and make up to 270% per day.

    ReplyDelete